'Perasaan' atau 'Emosi'
Emosi adalah sesuatu yang dirasai oleh seseorang secara dalaman. Perkataan ‘emosi’
bermakna ‘gerakan tenaga’ yang berasal dari perkataan Latin (Childre dan Martin,
1999). Menurut mereka, pengalaman emosi seseorang memberi kesan terhadap selsel
otak dan ingatan, lalu membentuk corak-corak yang mempengaruhi perlakuan
seseorang. Emosi seseorang sukar ditentukan secara objektif.
Tidak semua orang mempunyai emosi yang sama. Ini adalah kerana reaksi
emosi seseorang adalah bergantung kepada jenis personaliti mereka (Zohar dan
Marshall, 2000). Emosi seseorang itu boleh berubah-ubah. Seseorang mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah, dan kecewa. Bila emosi tidak
dapat dikawal, ia akan menimbulkan masalah dalam oberbagai aspek. Oleh itu, seseorang
perlu menangani sebarang masalah dengan berkesan kerana emosi yang tidak terkawal
ini akan turut menjejaskan prestasi hidup secara keseluruhan.
Walau apa pun aktiviti atau perkara yang dilakukan oleh seseorang , beliau
akan membawa emosinya bersama-sama. Perkara penting yang perlu dititikberatkan
dalam situasi ini adalah untuk mengawal emosi seseorang dalam apa jua
keadaan. Luahan, ekspresi dan reaksi emosi juga perlu dijaga oleh seseorang itu
supaya tidak memberi kesan negatif kepada orang atau pihak lain. Kajian oleh
Tiedens (2001) menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai status sering
meluahkan emosi marah mereka, manakala seseorang yang sebaliknya pula sering
meluahkan emosi yang berbentuk kesedihan. Wright (2004) pula menyatakan bahawa
seseorang yang gembira menunjukkan perlakuan dan prestasi yang baik dengan
hasil kehidupan yang menggalakkan.
sumber:SHARIFAH AKMAM SYED ZAKARIA & AHMAD SHUKRI YAHAYA
No comments:
Post a Comment