klik2

klik2

klik2

Sunday, February 28, 2010

Emosi


Emosi mempunyai berbagai-bagai elemen dan klasifikasi. Secara umumnya, emosi
boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian utama iaitu positif dan negatif.

(i) Emosi positif – Ini termasuklah suka, gembira, tenang, bahagia, ceria, kasih,
berani, yakin, bersemangat, pasti, seronok, sensitif yang sesuai dengan keadaan,
dan sebagainya. Asasnya, emosi positif meningkatkan kesejahteraan diri
dalam jangka masa panjang (Cheng, 2004). Emosi juga memberi kesan terhadap
sikap dan perlakuan seseorang (Brockner dan Higgins, 2001). Mereka
menyatakan bahawa emosi memberi kesan terhadap kepuasan , motivasi,
dan pembuatan keputusan. Menurut Zapf (2002), emosi memberi kesan terhadap
seseorang dan contoh kesan positif adalah seperti kepuasan dan pencapaian diri. Beliau menjelaskan bahawa emosi mengurangkan potensi kesan-kesan negatif terhadap sesuatu kerja.

(ii) Emosi negatif – Ini termasuklah sedih, risau, marah, murung, tertekan, dendam,
dengki, cemburu, tersisih, rendah diri, takut, kecewa, gelisah, muram, curiga,
malu, bosan, sensitif tidak bertempat, dan sebagainya. Zapf (2002) juga
menyatakan bahawa emosi negatif memberi kesan terhadap seseorang seperti tekanan perasaan, rungutan, dan pencapaian diri yang rendah. Briner
(1999) pula menegaskan bahawa emosi negatif membawa kepada tekanan dan kepuasan yang rendah.

3 comments:

  1. nice artikel sob......
    gimana caranya agar emosi kit selalu menuju ke arah yang positif ?....

    ReplyDelete
  2. Bicara tentang emosi memang agak repot ya ?, apalagi yg negatif, kebanyakan bawaan orok he he he...

    ReplyDelete
  3. trimas ya...
    berbagai caranya..
    yang penting senyum selalu..

    ReplyDelete