Pemakanan yang seimbang dan tidak seimbang merupakan dua topik utama
dalam aspek pemakanan. Sebagaimana yang kita maklum bahawa makanan
mempunyai fungsi utama membekalkan keperluan tubuh fizikal untuk setiap organ
badan berfungsi dengan baik.
Maka fungsi badan yang utama adalah sistem saraf pusat yang melibatkan
fungsi aktif aktiviti neuron, sel dan sebagainya. Perubahan tingkah laku pada
seseorang boleh terjadi sama ada dengan pemakanan yang seimbang atau sebaliknya.
Ia adalah kerana perubahan pada tingkah laku ada hasil daripada perubahan fungsi
pada sistem saraf seseorang.
Contohnya bagi apa yang berlaku pada individu kekurangan pemakanan
seimbang. Pemakanan tidak seimbang yang dialami oleh seorang dewasa boleh
menyebabkan perubahan dalam fungsi tugasan hariannya seperti penurunan motivasi,
kepekaan mental, interaksi sosial dan juga menambahkan gangguan pada mood serta
sifat pemarah seseorang (Kanarek & Kaufman, 1991).
Penjejasan pemakanan seimbang pada kanak-kanak pula secara keseluruhan
mengganggu pertumbuhan otak dan perkembangan peringkat kanak-kanaknya.
Pertumbuhan dan perkembangan tersebut menganggu fungsi dan kemampuan sistem
saraf sehingga mengakibatkan masalah tingkah laku seperti penurunan tahap intelek,
kemunduran bidang penumpuan, lemah ingatan dan ketidak stabilan emosi (Kanarek
& Kaufman, 1991).
No comments:
Post a Comment