klik2

klik2

klik2

Thursday, March 11, 2010

Konsep Penerimaan Manusia


Persekitaran adalah faktor yang mampu mempengaruhi emosi dan tingkah
laku seseorang individu. Ia adalah berdasarkan aspek penerimaan manusia terhadap
persekitaran. Berdasarkan model Cohen (1978) mengenai aspek penerimaan
persekitaran, didapati beberapa konsep seperti berikut:

1. Manusia mempunyai kemampuan terhad untuk memproses rangsangan dan
hanya boleh menyumbangkan usaha terhad untuk menerima input dalam satu
masa.

2. Jika input persekitaran melebihi kemampuan untuk diterima, strategi normal
yang akan dilakukan adalah dengan mengabaikan input-input yang kurang
relevan dan memberi tumpuan kepada input yang lebih penting.

3. Apabila sesuatu rangsangan yang terjadi mungkin memerlukan beberapa jenis
tindak balas penyesuaian, maka rangsangan signifikan akan dinilai dengan
proses pemantauan. Keputusannya sama ada akan berbentuk penyesuaian atau
penggunaan terhadap respon. Semakin berat beban input persekitaran, maka
semakin lebih perhatian dan tindakan penyesuaian diperlukan.

4. Kadar perhatian yang ada pada seseorang tidak bersifat berterusan dan
mungkin hanya sementara. Setelah melakukan suatu penyesuaian yang berat,
kemampuan total untuk memberi perhatian boleh terjadi dalam keadaan yang
luar kemampuan. Contoh: Setelah beberapa jam belajar dengan tekun, adalah
sukar untuk kita melakukan sesuatu yang juga memerlukan lebih perhatian.

2 comments:

  1. agree with u.. class i dr jam 9pg until 7pm.. sungguh x concentrate lgsung + sleepy.. *_^ Kit dear..

    ReplyDelete
  2. tes thanks...
    that why class need to have gap for student get stay fresh..

    ReplyDelete